23 December 2012

Nak tidur, tidur Baik-baik




Ngantok dah ke? nak tidur? haa jangan lupa sebelom tidur,,,,,
  •   Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.
Doa Sebelum  Tidur  :بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُbismikallahumma ahya wa amutu
Maksudnya: Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
• Doa Selepas Bangun Tidur :اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُalhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit
   Doa tidur yang lain pun ade kt SINI
  •    Jangan  tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.
  •    Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?
  • Subahanallah 33 kali
  • Alhamdulillah 33 kali
  • Allahuakbar 33 kali

  • .   Membaca  4 Qul lalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia

  • .   Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajud . Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang 



  • .   Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat

  •   Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita

  •  Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Ini merupakan antara sunnah2 Rasulullah sblm tidur.
 Jom hidupkan sunnah baginda 
Cute Icon & Emoticon


kalau nak tahu dgn lebih lanjut . sekail dengan huraian dan hadis sahih ,
bacalah DISINI