19 March 2013

Wahai pejuang

Hati teramatlah terkilan pabila mendapat suatu berita buruk  mengenai beberapa orang naqibah yang menarik diri sebaik sahaja menjejakkan kaki ke kelas.

 tangan terus mengapai sebatang pen dan terus menulis tanpa  berfikir apa-apa. 
bait-bait terus terukir diatas lembaran kertas yang masih kosong yang akhirnya dipenuh dengan ukiran dari  kata-kata hati si penulis bagi menghilangkan rasa sedih yang boleh menggangu fokus didalam kelas pada hari tersebut.... maka tercatit lah:

harap maaf: lepas tulis baru perasan yang tulisan ni macam cakar ayam....
Dan sesungguhnya, Allah Itu maha adil,
 Dia menghadirkan penganti yang lebih baik dari yang sebelumnya,
dan mereka yang menarik diri mungkin ada alasan yang tersendiri 
dan si penulis yang kerdil ini yakin .. 
mereka akan tetap berjuang walau bukan bersama kami 
tetapi dengan cara yang tersendiri